Cerita


PROLOGUE

      Pemandangan di hadapanku ini seolah-olah bagai ada sesuatu yang tidak kena. Baru sahaja satu jam yang lepas, aku melayangkan sebuah ciuman kepada teman lelakiku, Darius, ketika dia hendak ke tempat kerjanya. Dan kini trak miliknya terletak elok di tempat biasa yang diparkirnya. Kalau diikutkan, aku boleh sahaja bergegas naik ke tingkat atas untuk memastikan bahawa teman lelakiku itu berada dalam keadaan baik dan bertanya akan dirinya yang pulang ke rumah lebih awal dari biasa, tetapi aku cuma kaku di situ. Merenung pada Ford Fiesta putih yang diparkir bersebelahan traknya.

      Dadaku terasa semakin mengetat ketika melihat pemandangan itu. Satu getaran hebat merangkak naik ke dalam tubuhku. Hati yang berdegup kencang dapat kudengar dari telingaku sendiri. Aku kenal akan Ford ini. Itu adalah satu-satunya kereta yang paling tidak mahuku lihat selagi aku masih bernyawa.

      Aku menggigit bibir bawah, dan mengetapnya ketika aku terasa tangan Nazifah menyapa belakang tubuhku. Teragak-agak, aku memandang wajahnya yang kelat bersama senyuman yang canggung.

      “Agaknya dia tak sihat kot, Azwa.” Dia mengangkat bahunya. Tetapi aku dapat melihat sinar kebimbangan di dalam mata coklatnya ketika dia mengerling pada kereta Ford tersebut dan menoleh ke arahku semula. “Aku tahu sangat apa yang kau fikirkan tu.”

      Apa yang aku fikirkan? Darius merupakan seorang teman lelaki yang sangat sempurna. Lima tahun yang kutempuh bersama dengannya sangat indah kurasai. Dialah lelaki yang ingin ku habiskan masa bersama-sama sehingga ke akhir hayatku. Seorang lelaki yang akan setia memelukku walaupun aku sudah semakin tua dan tidak bermaya, menanti saat terakhir nafasku terhenti. Bodohkan aku ni?

      Aku mula melangkah naik ke rumahku dan mencapai tombol pintu. Mungkin aku bersikap naïf tetapi hatiku kini sangat penuh dengan syak wasangka membuatkan fikiranku juga turut meragui perkara yang sama. Dengan kaki yang elok berdiri di atas karpet yang tertulis Selamat Datang, aku menutup mata dan beristighfar perlahan. Aku mengharapkan agar Darius sekadar tersenyum manis padaku dan memberikan alasan yang munasabah tentang kepulangan awalnya ke rumah. Tombol pintu yang kupusing menggunakan tanganku yang sudah basah dek peluh, tidak berkunci, seperti biasa.

      Perutku sudah terasa memulas ketika aku berjalan terjungkit-jungkit melalui ruang tamu tersebut. Keluasan apartment itu hanya boleh memuatkan sebuah bilik besar yang terbuka bersama dinding batu sahaja. Ada sebuah dapur kecil dan dipisahkan dengan sebuah bilik tidur yang cuma dilengkapi dengan sebuah katil bersaiz king dan juga sebuah almari baju.

      Ketakutan membuatkan aku kaku tidak bergerak. Aku perlu melihat dengan mataku sendiri, tetapi kakiku tidak mahu melangkah dengan lebih jauh. Kedua-dua kakiku seolah-olah melekat di lantai kayu itu.

      Ingatanku kembali melayang pada bayangan wajah pemilik Ford tersebut. Rasa mual mula hadir di dalam tubuh. Setiap saluran darahku seakan-akan menjerit kesakitan bagai menghantar satu amaran. Aku membetulkan suara dan membuka mulut, tetapi kata-kataku terpotong oleh desahan kuat dari seorang wanita, dan diikuti pula oleh suara garau lelaki yang akan kuhargai sehinggalah kami beroleh cucu lelaki dan perempuan kelak. “Yeah… oh, baby.”

      Aku mencuba untuk bersuara lagi. Bunyi dari suara lelaki itu merentap segala oksigen yang ada di saluran pernafasanku. Di saat kakiku sudah semakin lemah tidak berdaya, jari-jemari Nazifah mencengkam lenganku, cuba untuk mengimbangi tubuhku.

      “Jomlah, kita keluar dari sini.” Dia membantuku berdiri, tetapi kesakitan yang menyerang tubuh dan mindaku lebih menguasai diriku ketika ini.

      Aku menggelengkan kepala, air mata mula bertakung di tubir mata. Aku melawan kembali dari rebah di muka bumi dan melenyapkan tangisanku dari muncul kembali. Mungkin ini cuma sekadar mimpi ngeri sahaja.

      Amarah mula mengambil alih, mengubati hatiku buat sementara waktu, bersedia untuk berperang, memberikan kekuatan yang aku perlukan untuk berfikiran waras dan mengambil beberapa langkah menuju ke bilik tidur lelaki itu.

      Tangan kugenggam menjadi penumbuk ketika kakiku bergerak dan berhenti di hujung katil tersebut. Bibirku sudah semakin menipis, gara-gara melihat pemandangan yang tidak semenggah di hadapanku ini.

      Delaila yang membelakangkan diriku membuktikan segala khabar angin yang buruk tentangnya selama ini.

      “Oh, Darius, baby you’re so… Azwa!” Mata Delaila terbuka luas.

      Kepala Darius juga turut terangkat, untuk melihat gerangan diriku ini melalui bahu kanan perempuan murahan itu. Terjojol matanya ketika melihat pandangan tajamku kepadanya. Dingin menyapa setiap saraf tunjangku. Aku tidak mengelipkan mata mahupun menjauhkan diri.

      Darius duduk tegak, menolak tubuh Delaila yang tidak berpakaian itu ke tepi, seolah-olah meminta perempuan itu supaya menghilangkan dirinya. Delaila terduduk di hujung katil dan akhirnya tergelincir dan terjatuh kuat di atas lantai kayu yang keras itu.

      “Ini bukannya apa yang awak fikirkan, Azwa.” Darius cuba mencapai dan menyentuh tanganku tetapi cepat-cepat ditutup tubuh hadapannya menggunakan bantal ketika dia ternampak gerangan Nazifah yang masuk untuk melihat kelakuan sumbang mahram mereka ini.

      Delaila merangkak di atas lantai, menarik cadar untuk melindungi tubuhnya, dan mengumpul segala pakaiannya yang sudah berterabur di sekeliling ruang bilik. Sejak dari sekolah menengah lagi, Delaila Damien dikenali dengan satu perkara : perampas kekasih orang. Dia membuang mereka sepantas dia menarik lelaki yang lain pula. Ianya tidak lebih dari satu permainan untuk seorang perempuan sepertinya yang tinggi dengan ego dan pentingkan diri sendiri. Aku menghantar pandangan maut kepadanya dan mengalihkan semula perhatianku ke arah lelaki tidak guna di hadapanku ini.

      “Azwa, tolonglah,” Darius seolah-olah terdesak ketika dia melangkah merapatiku. Cepat-cepat kuundur kebelakang, wajahku sudah berubah menjadi jelek gara-gara perangainya.

      “Esok aku datang balik untuk ambil barang yang aku dah hadiahkan untuk kau selama ni.” Suaraku dingin dan bergetar. “Jangan ada dekat rumah pula masa tu.”

      Aku memusingkan kakiku untuk berlalu pergi. Di saat tangannya menarik sikuku, sesuatu di dalamku bagaikan tersentak. Aku menggenggam tanganku menjadi penumbuk, sama seperti yang diajar oleh atukku satu ketika dahulu, dan menghentam kuat hidung Darius.

      “Son of a….” Darius menjatuhkan bantal dan terus memegang wajahnya ketika terduduk semula di sisi katil.

      Nazifah memusingkan tubuhnya, wajahnya beriak bangga dek tindakanku dan jijik melihatkan lelaki itu yang langsung tidak berpakaian apa-apa.

      “Apa masalah kau sebenarnya ni?” Delaila menyarung seluar pendeknya yang hanya menutupi sampai ke paras pahanya sahaja, dan kemudian membongkok untuk melihat wajah ‘teman lelaki’nya itu yang sudah berdarah.

      Suka hati akulah! Aku menoleh dan membiarkan sebuah sengihan terpamer di wajahku.

      Hati dipenuhi dengan kebanggaan, aku bergerak ke hadapan setapak menuju ke arahnya. Dia menarik nafas kuat, dan berundur ke belakang, wajah yang dihiasi dengan mekap tebal itu semakin buruk jadinya.

      Aku mengangkat tinggi daguku dan berjalan keluar tanpa sebarang kata lagi.

      Aku selalu dikenali sebagai seorang perempuan yang lembut, dan sentiasa mencari kebaikan di dalam diri seseorang, tetapi hari ini aku bukan lagi gadis itu. Hari ini aku merupakan seorang wanita yang dicurangi oleh seorang lelaki yang langsung tidak layak untuk mendapat kesetiaan dan kasih sayangku ini.

      Khabar angin di sekitar bandar ini, di mana aku memilih untuk mengabaikannya, adalah benar rupa-rupanya. Tidak terkira masa yang aku habiskan berimaginasi tentang perkahwinan kami, membesarkan anak bersama-sama, dan rumah yang akan kami bina berdua.

      Nazifah membalut lengannya di sekelilingku, membawaku keluar dari pintu hadapan dan turun ke bawah melalui tangga.

      Aku ke rumahnya hanya sekadar untuk mengambil kasutku yang tertinggal sahaja untuk ku keluar membeli belah bersama Nazifah. Memandangkan aku mempunyai urusan rasmi berdekatan dengan kawasan rumahnya, aku biarkan sahaja kasutku di situ buat sementara waktu. Tetapi malangnya aku terjumpa sesuatu yang lebih perit dari kasut bertumit tinggi yang pernah kupakai sebelum ini.

      Tiada apa lagi yang perlu aku fikirkan. Aku cuma mahu melarikan diri. Jauh dari pengkhianatan dan mata keji yang memandang sinis, yang mana hanya akan timbul ketika cerita tentang kelakuan tidak senonoh Delaila mula menular di kawasan bandar tersebut.

      Nasib baiklah aku masih ada satu tempat yang menunggu kehadiranku. Sebuah tempat yang sudah kuanggap sebagai rumahku sendiri walaupun secara rasminya, aku tidak pernah tinggal di sana. Rumah yang serba sederhana, terletak di ceruk bandar, wasiat pemberian dari atuk dan nenekku setahun yang lalu. Darius kata rumah itu terlalu jauh dari bandar, tetapi itulah apa yang aku inginkan.

      Ia menanti diriku untuk menetap di sana dan memulakan kisah baru di dalam kehidupanku..sendirian.


kawan kena buat assignment cover magazine, saya pun menggedik juga


p/s : buat masa ni, saya bagi prologue dulu ye. saya nak try cari idea lagi macam mana nak bagi cerita ni nampak menarik. in the meantime, bacalah dulu CM okay. ^^, kalau cerita ni dapat galakan dari ramai orang, saya publish lagi another new chapter.

adios~
post signature
spacer

Percaya

10:33 a.m
apartment
kecewa
assalamualaikum and hello lads!
credit to quotesaying.net

spacer

Liebster Award .:Kak Farrah MF:.

 

1. Jika boleh pilih mana-mana tempat di dunia ni untuk tinggal dan settle down (and bring along someone with you), anda akan pilih,...Mengapa?

.: London! dengan err.. dengan sesiapa je lah yang mampu bertahan dengan perangai aku.  sebab aku dah lama nak pergi London. tempat tu nampak sangat klasik dan vintage. aku suka bandar macam ni. tak terlalu moden. dan slang diorang. ahmaigad! aku sangat suka! 

2. Tempat kegemaran anda [restoran/kafe] apabila makan di luar.

.: Pizza Hut. hahahahaha... tapi tak selalu pergi pun... aku tak tahulah. kitorang jarang makan tempat sama setiap hari. saje mencuba something new.

3. 3 orang [tidak kisah siapapun] yang anda akan jemput untuk makan malam bersama anda. Mengapa?

.: Family *wajib ada, tak boleh pilih*
.: Best friend Hana
.: Siapa yang suka makan.

4. Satu makanan yang anda pretend suka (tetapi sebenarnya tidak!) semata-mata untuk jaga hati orang lain or simply nak nampak cool! Hahahah!

.: Crepe! and Pavlova. aku x mnat la.. hmm

5. Filem 'romantic comedy' kegemaran anda?
.: Leap Year

6. Filem/TV Show dalam koleksi anda yang paling banyak ditonton
.: The Big Bang Theory
.: Castle
.: True Blood *awesome gilaaa tapi 18sx*
.: The Flash
.: Chicago Fire + Chicago PD
.: Once Upon A Time

7. Bad mood. Apa yang boleh buat anda kembali senyum?
.: Coklat! and a lot of Movies!

8. Orang pertama yang anda akan cari jika perlukan bantuan atau teman bicara.
.: Ummi kalau aku perlukan bantuan. Maeko Hoshi tempat aku luahkan perasaan.

9. Perkara paling 'adventurous' yang pernah anda lakukan.
.: Caving waktu malam! awesome!! tapi serious tak nak buat dah.

10. Satu skill/kemahiran yang anda ingin kuasai. Mengapa?
.: Main Drum. aku tak tahulah. aku lebih minat drum. :D

11. Satu benda/tool/gadget milik anda yang rosak atau perlu dibaiki.
.: Charger boleh tak? sekarang aku pinjam housemate punya charger. sian dia :\

 

spacer